IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina, Woo Kah Leong berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak akan melaksanakan Program Jualan Rahmah sebanyak dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini.
Beliau berkata, terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
"Pada tahun ini, KPDN Perak akan mengambil maklum cadangan dan saranan para Ahli Yang Berhormat untuk memperkasakan usaha untuk menjalankan Jualan Rahmah di kawasan luar bandar bagi membolehkan penduduk luar bandar membeli barangan dengan harga yang lebih murah.
Jualan Rahmah pada tahun ini akan banyak bergerak dengan konsep 'kedai/lori/cari rakyat'. Dengan adanya konsep ini, rakyat tidak perlu ke kawasan bandar untuk mendapatkan barangan keperluan asas tersebut," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Rabu.
Woo (PH-Pasir Bedamar) berkata, berdasarkan statistik yang diperoleh daripada KPDN Perak, sebanyak 508 Jualan Rahmah di seluruh negeri telah dilaksanakan meliputi 59 kawasan DUN sepanjang tahun lepas dan memanfaatkan lebih 800,000 isi rumah dengan rekod jualan melebihi RM18 juta.
Beliau berkata, sebanyak 108 Jualan Rahmah dianjurkan di seluruh negeri bagi tempoh dua bulan pertama 2024 dan KPDN Perak menyasarkan untuk menganjurkan kira-kira 508 Jualan Rahmah melibatkan semua kawasan DUN pada tahun ini.
Sementara itu, kerajaan negeri akan meneruskan sesi Jelajah Komunikasi sebagai inisiatif bagi melaksanakan pemantauan secara berkala berkaitan isu rangkaian Internet dan jenayah komersial pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi berkata, pemantauan secara berkala dilaksanakan melalui bantuan agensi teknikal dan lawatan kerja ke daerah-daerah yang telah dilaksanakan pembangunan infrastruktur jalur lebar.
"Ianya turut disertai agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Digital Perak, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Stratcom, Telekom Malaysia dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi," katanya ketika sesi penggulungan.
Beliau berkata, bagi mendepani cabaran tahun 2024, kerajaan melalui pihak berkuasa berkaitan akan sentiasa menyokong aktiviti pencegahan yang bermatlamat meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan informasi kepada masyarakat berkaitan ancaman jenayah komersial serta modus operandi terkini yang digunakan agar ia dapat digunakan bagi mengelakkan rakyat dari menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.
Mohd Azlan (PH-Tualang Sekah) berkata, sehingga bulan ini, pihaknya telah melakukan lawatan di empat kawasan DUN iaitu Behrang, Slim, Manong dan Bukit Chandan serta berterima kasih di atas sambutan dan sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang memberikan kerjasama dan maklumat berkaitan isu di kawasan masing-masing.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika menggulung perbahasan memaklumkan, Lembaga Air Perak (LAP) telah mengenal pasti projek-projek yang perlu dilaksanakan bagi menampung permintaan bekalan air di Pulau Pangkor yang diunjurkan seiring dengan Pelan Pembangunan Daerah melalui Rancangan Tempatan Daerah (RTD).
Beliau berkata, pihak LAP sedang dalam proses untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di Pulau Pangkor bagi menampung permintaan bekalan air yang melibatkan kerja-kerja pemasangan saluran paip agihan, pembinaan kolam takungan serta menaik taraf rumah pam dengan anggaran kos berjumlah RM100 juta.
Mohammad Nizar (PH-Sungai Rapat) berkata, projek-projek jangka pendek dijangka bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2025 manakala projek jangka panjang akan mula dilaksanakan pada tahun 2026.
Beliau turut memaklumkan, Jabatan Kerja Raya Hulu Perak telah menerima peruntukan Pembaikan Berkala Pavemen untuk FT076 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu sebanyak RM8.8 juta dijangka bermula pada Jumaat ini dan siap pada 31 Mei nanti.
Persidangan ditangguhkan dan bersambung hari ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Woo Kah Leong menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. - Gambar Bernama
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.